Thursday, July 12, 2018

TTC Part III

Begitu lama masa diambil untuk meneruskan TTC Part III ini. Sampai aku pun dah nak lupa apa cerita yang aku nak tulis. Hue hue hue.

Okay. I decided to undergo the HSG test on 16/4/2018 di KPJ Seremban dengan harga RM360. Kenapa? Haa.. ada la few sebab antaranya:
  1. Aku nak MC hari Isnin tu. Kah kah kah!
  2. The ideal day. It was my day-12 on period cycle.
  3. Senang buat kat Seremban sebab masa tu aku balik kampung. Since aku dah pangkah semua hospital kat Shah Alam ni kan. Lulz.
Prosesnya agak mudah. Sebab dah ada referral letter dari fertility Doctor which doctor di IVFKasih sebelum tu. So, just bawa referral letter tu ke unit Radiology, daftar nama dan dia bagi number giliran. 

Kemudian bila dah di panggil ke dalam bilik tu, dia suruh buka bottom outfit je. Seluar dan seluar kecik lah. Then dia bagi robe serupa bathrobe tu lah. Baring atas katil, eh bukan la katil pun. More to meja. Haha. 

Beginilah lebih kurang rupa tempatnya. 

Lama jugak lah aku kena tunggu masa tu. Dah siap-siap semua, tunggu radiologist pulak lambat nau. Udah le sejuk dalam tu, tambah pulak kena baring atas meja steel. Tambah lagi pulak, pakai robe je sekeping! Sejuk punggung aku. Lulz.

So, lepas radiologist masuk dorang pun mulalah session. First, dia suruh aku kangkang lah, nak masukkan tube untuk contrast liquid. Terkepit-kepit iols. Segan mende entah. Lulz. Kejap je dia masukkan tube tu. Tak rasa apa pun. Then dia suruh aku baring normallah. Turunkan kaki yang terkangkang tadi tu. Lalu dia masukkan contrast liquid ittew..

Masa liquid tu masuk menyelinap ke pelusuk rahim, kau akan rasa sedikit senak. Itu memang nurse pun dah inform awallah. So, kita aware dengan rasa tu. Dalam 5 minit je dia inject contrast liquid tu, then dia ambik imagenya, then done!

Siap tu radiologist and the nurses pun berkata kepada aku, okay cantik je. Takde blockage, semua normal. InshaAllah mesti pregnant lepasni! 

Aamin! - kata aku. Hehe.

Siap semua aku pun keluarlah. Sebab nak tunggu image x-ray tu lama, so aku ajak Kamil jalan-jalan kat Palm Mall depan hospital tu. Hmm.. cerita lepasni macam ada unsur cemas sikit. HAHAHA.

Lepas dalam sejam aku jalan-jalan kat Palm Mall tu, balik lah ke KPJ balik untuk ambik image x-ray. Uihh.. masa ni aku dah mula ada rasa sedikit angin bayu membawa dirikuuu... tak. Bukan angin. Rasa sedikit tak selesa kat perut. Then lepas settle payment dan ambik x-ray, nak berjalan ke parking. Fuhh.. cramp tadi tu makin kuat. Aku macam tak boleh bernafas. Peluh-peluh jantan mula merembes di dahi. Aku panic, Kamil lagi lah panic sebab dia tak tau nak buat apa. 

Aku pun tak tau nak buat apa. Aku just ajak Kamil blah dari situ sebab kepala otak aku dah sesak. Cari klinik berhampiran. Klinik pertama, doctor takde. Klinik kedua, dah tak terima patient. Dan akhirnya klinik ketiga, patient last before doctor out for lunch. Masa ni cramp kuat tadi dah reda, so aku pegi check doctor dan ambik MC je, memandangkan kt radiology tadi dorang tak boleh keluarkan MC. 

So, balik tu just makan ponstan & tidur. Aku rasa effect selepas HSG ni depends on orang. Sebab before tu aku borak dengan Fatin, since dia dah pernah buat. Kalau ikut dia, dia rasa senak masa inject liquid tu je. Then keluar sekidit darah bayu for few days. Tak macam darah period la. 

Macam aku pulak, senak semasa HSG - yes, discharge darah bayu - yes, hard cramp - yes, and two days lepastu tak silap, keluar darah macam darah period. Darah ni keluar for 3-4 days seingat aku. Masa tu sempat aku email doctor yang aku refer kat IVFKasih tu, bertanyakan situasi aku ni. Adakah normal atau something. Alhamdulillah dia respond dan takde bagitau perkara-perkara yang menggusarkan. Cuma dia suruh aku datang jumpa dia, which sepatutnya tapi aku malas. HAHAHA.

The result. Ni tempat anak aku esok ni :)

So, kalau tengok pada image x-ray ni, both tube aku takde blockage. Liquid freely pegi masuk sampai ke hujung. Alhamdulillah... Sebelum HSG tu pun nurse ada la explain sikit. HSG ni one of rawatan jugak sebenarnya, bukan lah sekadar test sahaja. Seandainya ada minor blockage, liquid tu akan tolak dia sekali so that jalan tu clear lah. Lalu mudah lah anak-anak dari Abah dia merenang carik anak-anak Mama. Macamtu la lebih kurang, ikut pemahaman aku. 

Demikianlah selesai step seterusnya, HSG test. Blood test je aku tak dapat buat haritu, sebab budget tak mencukupi. Sad. Doctor suggest aku buat blood test since aku dah penah keguguran twice :(

Begitulah dia. Inilah yang aku cakap, usaha aku setakat yang termampu. Financially, aku dan Kamil memang tak mampu nak buat semua. Aku mampu berdoa semoga Allah berkahi dan beri hasil yang manis atas usaha/ikhtiar aku dan Kamil yang termampu ni :)

Tuesday, April 17, 2018

TTC Part II

So, haritu dah consult doctor IVFKasih, dah consume ubat yg doctor bagi, fish oil, folic acid. Seterusnya doctor suruh buat HSG test & blood test for anti-phospholipid, diabetes & thyroid. Yang ni semua doctor dah bagi surat refer & form, tinggal bawa ke hospital sahaja. Punyalah lama aku peram surat refer tu semua dari bulan 9/2017, sampai 16/4/2018 baru aku buat. HAHA. Beginilah rakyat marhaen, demi kesihatan diri kenalah buat tabung, simpanlah berdikit-dikit. Sobs. 

Apa itu HSG ?

Histerosalpingografi / HSG merupakan satu pemeriksaan radiologi untuk melihat bentuk rongga rahim serta patensi tiub fallopio. 

Pemeriksaan ini menggunakan media kontras supaya uterus dan tiub fallopio dapat dilihat dengan jelas menggunakan kaedah floroskopi.

Pakar radiologi akan dapat melihat keseluruhan sistem reproduktif dengan lebih jelas semasa media kontras mengalir melalui tiub fallopio dan memenuhi keseluruhan sistem reproduktif. Penyumbatan (blockage) pada tiub fallopio dan juga struktur yang abnormal juga akan dapat dikenalpasti.

- Sumber myhealth.gov.my


Aku sejenis yang suka study dulu certain area berkaitan dengan tajuk so aku dapat view sikit mengenai sesuatu itu before aku go through it. Jadi, kalau nak cakap pasal persediaan aku bacalah mengenai HSG ni, sebelum semasa dan selepas. Selain tu, bertanyakan jugak kat orang yang dah pernah buat test tu. Por me, aku ada lah bertanyakan perihal HSG ni kat Fatin and Kaklong. Tak sudah-sudah aku asyik wasap, cakap nervous. Eh. macam-macam lah difikirnya kepala hotak ni pun. 

Kebiasaanya operasi HSG dilakukan pada hari ke 10-12 (period cycle). & adalah dilarang untuk bersama sebelum operasi HSG ini. Por me, hari paling ngam lagi convenient ialah Isnin tu lah, 16/4/2018 which is my 11th day. Sebelum tu aku google dan call mana-mana hospital pakar sekitar Selangor/KL/Seremban yang ada sediakan HSG test ni beserta harganya. Jadi ini adalah antara yang aku call dan harganya as at 16/4/2018 ;

Selangor
KPJ Shah Alam - RM600
KPJ Klang - RM410

KL
KPJ Tawakal - RM260

Seremban
KPJ Seremban - RM350
SALAM Senawang - RM230

So, dari list Shah Alam aku pangkah terus lah. Out of coverage angat harganyaaaa. KPJ Tawakal pulak dah full untuk tarikh 16/4/2018, Isnin. Jadi tinggallah Seremban je pilihan aku, sebab aku memang balik Seremban weekend tu. SALAM tu dah nice dah murah, tapiiiii dia buat Selasa dgn Rabu je. Al-penyudahnya, KPJ Seremban, paling convenient. Boleh walk in je ke Radiology & bagi surat refer. 

Panjang lagi cite aku. Bersambungssss

Friday, April 13, 2018

7th Year

13/04/2018

Harini genap 7 tahun arwah Atok pergi tinggalkan kami semua.
Semoga rohnya berbahagia di sana.

Hjh. Zaharah binti Yusof,
We always miss you <3

Wednesday, April 11, 2018

TTC Part I

Menghampiri tahun ke-4 perkahwinan, we think, it's just time. Proceed dengan semua check up yang doctor suggest. It started dari September 2017 sebenarnya. Masa tu aku gigih google info pasal klinik-klinik fertility yang ada kat Shah Alam. & terbaca pasal IVFkasih yang baru buka di Seksyen 13, Shah Alam. Sederet dengan Hospital Umra.

IVFkasih is a low cost IVF programme with a modern and completely different approach, reducing costs while maintaining success rate comparable to the standard IVF programme - ivfkasih

Actually tidak lah se-low cost yang dia mention tu -- for early stage/step lah. Bermula dengan buat sperm count, scan, pap smear & ubat. Total lost = +/-RM700 . Terkejut credit card abang.

Then the result;
sperm count - passed
scan - OK
pap smear - done

Ubat doctor bagi BQ10 por me, and apa nama ubat untuk Kamil, aku tak ingat. Both untuk develop eggs & sperm yg more sihat. & meantime, doctor suggest to consume fish oil. Any fish oil. Maka pergilah aku ke farmasi berhampiran, study satu-satu jenis fish oil. Last, aku pilih Blackmores fish oil 1000 mg.

Penting untuk anda tahu bahawa, begitu sukar ya kita nak makan ubat jika tidak sakit (yang nampak). Bayangkanlah, BQ10 aku tak habis-habis lagi kot dari bulan 9 tahun lepas tu. Haihh.. bila teringat je makan.

Okaylah, pendekkan cerita. Setelah consume kesemua ubat-ubat ini termasuklah acid folic, nampaknya masih belum tiba rezeki anak buat kami.. Bulan mengambang helok setiap bulan. It's a good sign sebenarnyalah kan ? Sebab masalah besar juga kalau period tak teratur ni. Tapi itulah. Kadang tu stress jugak. Like;

Apeni ?
Apa lagi yang tak kena ?
Apa penyakit ni sebenarnya ?

Bila aku buat perangai down cenggini mulalah Kamil pun hangin dengan aku. Marah betul dia. Kata dia, "Jangan lah stress macamni. Awak yang akan bawa anak nanti tau. Kalau awak stress macamni, macamana.." Maka tertunduk jelah aku lepas tu. But, yeah. Nama pun perempuan kan. Kalau tak over exaggerate memanglah tak sah.

Thursday, April 5, 2018

New Girl !

Alhamdulillah.. emakbapak selamat terima cucu yang ke-12 pada 2 April lepas. It's a girl ! And one thing kami semua notice, muka baby banyak menyangkut rupa arwah atok ! Nak-nak lagi tang hidung jambubol tuu. Ohh I miss atok so much (alfatihah)

Kata Ita, biarlah. Buat pandang-pandang.

Buat lepas rindu kami semua kat arwah.

Aisya Nabihah, bibik & acikamil can't wait to see you baby girl !


Afif Naufal now abang of two, and Aira Nursyifa now a kakak. 
Takdolah kau nak menade2 dah Airanurr. HAHAHAHA

Tuesday, January 30, 2018

Beautiful Doa

I found somebody wrote this doa in Facebook. Its beautiful :)

Ya Allah,
sekiranya dengan mempunyai zuriat dapat mendekatkan aku dengan diri Mu,
maka makbulkanlah ya Allah...

Ya Allah,
sekiranya dengan mempunyai zuriat membuatkan Engkau lebih memandang dan mendengar ku ya Allah,
kurniakanlah...

Ya Allah,
sekiranya dengan mempunyai zuriat membuatkan ibadahku lebih bertambah & solatku lebih khusyuk,
maka izinkanlah nikmat ini Engkau pinjamkan kepadaku ya Allah...

Kerana Engkau sahajalah sebaik-baik perancang & Engkau yang Maha Mengetahui atas segala sesuatu yang terbatas bagiku.

Aamin ya rabbal aalamin

Wednesday, January 3, 2018

Blind or Blindfolded ?


Sebenarnya dah lama tak mendengar radio. Sesenjak dah kerja ni je dengar radio. Sebabnya memang banyak dengar radio masa driving or dalam kereta sahaja. Aku masih terpinga about something sebenarnya sejak dari hari Jumaat lepas, last day kerja 2017. 

Mula-mula semangat waja, segar bekerja! Sebab boss cuti. Hua hua huua.

Lepastu tiba-tiba tengok video talk pasal rezeki. Video simple je. Vlog. Cerita dia lebih kurang macam aku, belum dapat rezeki anak. 

Dah petang tu datang mood nak writing. Mula draft post Count Your Blessings . Tak post terus, simpan dalam draft je dulu. Konon nak post 31/12/2017 tapi terbabas sampai ke 2/1/2018. HAHA.

Okay. Balik kerja tu drive sorang, sebab Kakak EL. Pergi sendiri balik sendiri. Biasalah nak hiburkan diri seorang diri memang akan feel layan satu-satu lagu yang keluar kat radio, sambil menyumpah drivers kiri kanan yang kurang kesabaran. Menyondol mende entah. Noying. 

Tak tau lah apa yang menggerakkan telinga ni untuk dengar bait-bait satu lagu sedap ni. Selalu je dengar kat radio tapi tak pernah pun perasan apa lirik dia. Sebab aku memang jenis tak tangkap lirik dari dengar je, aku kena baca lirik tu baru boleh tangkap & ingat. Sebab tu listening for MUET aku tak berapa bagus. I am good at reading (masih mahu berlagak). Then tiba part chorus, 

Tuhan, 
segalanya telah engkau tentukan
terangi saja hati ku
maafkan aku selalu terlupa
mensyukuri semuanya. 

Sumpah, clear aku dengar lirik dia, ulang-ulang.. rasa nak menangis. Goosebumps. Rasa macam kena tepek pun ada. Sepanjang jalan tu aku dok la berfikir, apa yang kurang dalam hidup kau yang kau rasa kau susah, kau sedih? -- nak kau bandingkan dengan apa yang Allah dah bagi kat kau?

mak aihh.. apesal aku rasa dah serupa ustazah ni? Lol. 

Okay, tu cerita radio. Lepastu sampai rumah ku buka televisyen. Buka je tengok tengah Al-Kuliyyah, lagi syok sebab Ustaz Elyas Ismail. Aku memang akan tonton Al-Kuliyyah ni bila dia je yang yang menceramah. Terus melepet depan TV. Cerita pasal dhuha & rezeki. Ya Allahu Akbar........... hati aku masa tu rasa berbunga tak tau kenapa. I feel so loved! MashaAllah, begitu sekali Allah nak ajar aku pasal rezeki & syukur. 

Jadi, malam tu share lah kat Kamil apa yang aku dapat harini, termasuk hal kerja. & at the meantime, kita audit sikit lah hidup ni. Buat renung & menung sempena nak tahun baru. 

Tenung jugak suami. 

I am blessed. Thank you Allah :)










Tuesday, January 2, 2018

Count Your Blessings

this post been drafted before January 2018

2017 almost meet the end & 2018 just around the corner. Too many things yang kita semua experienced. May be we should, like reflect or look back or whatever, to perkara-perkara yang kita lalui yang mungkin juga kita boleh bring something from all of it to 2018?

-- dah kenapa aku rasa macam berfalsafah sangat ni. lulz.

SO, as por me; aku rasa aku patut list all 2017's punya cerita of mine. & maybe dari tu boleh aku me-reflect diri sendiri and at the same time, setting the new goal for 2018!

-- wah. begitu bersemangat ingin menempuh tahun baru!

Okaylah. Sebenarnya aku a bit down this year because... I'm actually expecting for a baby this year. Like, nak gila gila dapat baby this year. But, a'la kulli hal... Allah lebih tau what best for me. & honestly I was like, kenapa lah itu, kenapa lah ini blablabla.. banyak sangat merungut almost about everything. So, from that aku rasa aku kena look back, cari any little tiny things yang terjadi sepanjang 2017 ni untuk aku betulkan diri dan rohani sendiri. Tak baikkan kita ada rasa kecewa, rasa marah bila kita hendak tapi benda tu kita tak dapat, apa maknanya tu? Samalah seperti kita marahkan takdir yang Allah dah tetapkan untuk kita! Astaghfirullah... (bunyi guruh ni kat sini. serius)

Semua kita tau yang Allah dah tetapkan segaaaaaaala hal untuk kita sejak dari dalam rahim emak lagi. Ketentuan Allah tu tak pernah salah pun, sebab, kau apa tau (gaya kak wondamunah). Lately, aku cuba tengok, dengar talk about rezeki, takdir & etc. Bila direnung dimenungkan balik, sebenarnya banyak yang Allah bagi kat aku - us. Mungkin kami dapat satu kesedihan tapi sebenarnya Allah bagi baaaaanyak kegembiraan, rahmat & nikmat, walaupun kecil! Allahuakbar...

Semoga tahun 2018 ini lebih baik, lebih kegembiraan, lebih kasih sayang, lebih matang, lebih istiqamah, lebih murah rezeki, lebih rahmat dari Allah. InshaAllah.. Aamin :)

Thursday, December 28, 2017

Part-Time Housewife

Entry ini ditulis kerana my boss bercuti panjang dan I belum rasa nak buat kerja hakiki lagi. Kah!

Nearing 2018, everything seems so good. Alhamdulillah untuk semuanya.. banyak perkara baik yang berlaku around me. Expecting for anak-anak buah baru tahun depan, businesses getting good, Kamil pursuing his Masters dan Kama dapat kerja!

Well, kerja biasa je. Nothing extra pun, yang penting uwang extra for us. Hue hue hue. Now dah almost sebulan kerja kat sini, alhamdulillah all is well. Dah kena marah dengan boss, so kira okay lah tu kan. Haha. Just nak kena biasakan diri dengan rutin baru je. 

Woke up early morning on azan Subuh, kena keluar rumah around 6.30 am. Jangan lambat. Kalau tak lambat lah semuanya. Well, travelling to keyel is challenging you know. Nak kena kuat mental dan fizikal. Kena pulak aku ni yang dulunya kerja kat kampung bangun pun 7 am kadang-kadang terlajak. Gerak keluar pergi kerja like 7.45 am, sempatttt ejari before 8 am (like a bawse), lepastu 2 tahun tak kerja, tak keluar bekerja. Memang meggelabah tett lah kaedahnya nak menghadap rutin baru ini. But lucky me, ada Kakak! Err.. not my kakak lah. It's Muna Ajis, my ex housemate kat Puncak. She's the one yang memajukan my resume ke sini. So, driving from home Setia Alam to Kota Damansara. Lepastu carpool dengan Kakak sampai office. Save my butt alots. Thanks Kakak!

Now dari fulltime housewife turn to part time housewife. Urusan rumah semua kena settle lepas balik kerja sampai nak tidur. Tidur pun kenot la too late, esok nak bangun awal-awal burunggg.. In the middle, curi-curi jugak ambil order for brownies & cakes. yeah, baking is still my passion (fliphair)

So far almost sebulan ni everything went well, cuma of course la extra penat sebab nak juggling kerja dengan business. Hope aaaaall went well forever ever after, inshaAllah.. 

Syukur ada cuami yang faham jugak, tolong buat kerja rumah. Tolong kemas, tolong dobi, tolong basuh pinggan mangkuk belanga, tolong buat air masak. Oh sayang, if you read this, do know that I am so so so thankful to have you. & yeah, weekend ni selain shopping barang rumah, seluar baju baru, mungkin kita boleh beli cincin ke....... Tadi tengok pandora ada buat YES. Cantik cincin dia (wink)

Now, what for 2018? ANAK! 

Doakan :)

Wednesday, November 29, 2017

(I MISS) My Pregnancy II

... continues

Selepas pelbagai kejadian & tragedi 2015, my husband keluarkan kuasa veto dia suruh aku resign & move in with him. Masa tu like lantaklah takde kerja pun, let's live together. Haha! 

Berjimba sakan lepas bebas dari beban kerja, yas! & on February 2016, I'm positive pregnant. Alhamdulillah... masa ni happy & still surprised! Sebab kami plan untuk mencuba selepas February. Haha. Kau fikir kau siapa! Kalau Allah nak bagi, bila-bila lah Dia suka, Dia punya pasal. So, ya. I'm pregnant again (:

This time around punya alahan tak jauh beza jugak dengan the first one. Hidung. Sangat lah sensitive, cepat pening & alah dengan Kamil (lagi). Ohh pity my dear hubsy... my deep deep apology sayang.......Tapi kali ni ada tambahan, keputihan tahap teroxxxx. Banyak X nya tu. Yas, it's baaad. Taknak cerita. Malulah. Hue hue. 

All the UPTs

Sebabkan perasaan, iya ke aku pregnant ni? aku buat 4 kali tests termasuk kat klinik mula-mula tu. Perasaan gembira, excited & berbaur takut. Takut terjadi lagi kes yang pertama. & kerana yang takut itu, once again. Kali ni tak sempat buka buku pink pun hmm.... 

First scan masa tu 6 weeks. Doctor kata masih tak nampak, but the sac is there. Doctor suruh datang lagi nanti on week-8. On week-8 pergi scan kat Klinik Ajwa Seksyen 7 pulak. Honestly, dalam seminggu before tu aku macam dah tak rasa ada alahan dah. Tak rasa macam pregnant. Tapi tulah. Perasaan je kott... sedapkan hati. Asyik lah cakap kat Kamil, kalau jadi lagi macamana.......... then scan lah perut. Kat Ajwa ni monitor scan tu betul-betul kat depan muka aku so memang terus nampak apa yang doctor nampak. Disebabkan before ni kan dah pernah tengok keadaan dalam sac & fetus yang macam dot tu, so aku macam dah tahulah apa yang bakal doctor katakan. Kamil keep positive lah, as usual. Yes, ada masa memang aku perlukan positiveness, chillness suamiku. Ewah!

Lama doctor tu pusing-pusingkan apa probe tu nak cari fetus. My sac was empty! No fetus! So, the doctor sadly told us blablablaaa...I cried that night. & aku perpegang dengan keputusan, taknak buat D&C. Biarkan dia keluar sendiri. & yeah, kali ni lebih sakit dari yang dulu. I cried pukul 5 pagi sebab sakit yakmat. Sampai dekat nak subuh tu aku ke toilet & plup! It came out. Aku ambik yang keluar tu & bawak pergi hospital Shah Alam pagi tu. Doctor check kalau ada lagi yang tertinggal dalam tu, do this & that. Sampai it's a complete discharge. Mula pantang lagi......

Both miscarriages ni actually jadi hampir pada tarikh yang sama pada tahun berbeza. Kira the second tu exactly after 1 year dari the first one. Umpama Deja Vu di Kinabalu.... 

Jadi, demikianlah kisah Kama & her past pregnancies. Sekarang dah masuk tahun ketiga perkahwinan, Alhamdulillah... bahagia tak pernah hilang dari kami. Banyak suka & duka kita dua redah sama-sama. Positive & optimist. Kamil selalu ingatkan aku untuk be positive in every way. Jangan stress, walaupun dia stress jugak. Haha. 

Kadang-kadang orang mungkin tak faham & mereka ingat kitorang memang belum nak anak. ANAK. So, kadang-kadang ada yang bertanya soalan bodoh. Mana ada orang yang dah kahwin taknak anak. Kadang tu nak marah jugak, tapi apa yang kita dapat kan? Senyum jelah, mintak doa. Berapa banyak cakap-cakap, petua, dah kita dengar & buat, semampu kita. 

Sekarang ni kalau period pun rasa nak menangis. Sedih & frustnya... Tapi keep ingat, ada orang yang lebih sedih, lebih hebat dugaan dia. Entahlah kenapa aku tulis dua entry ni... biarpun kenangannya yang tak berapa best. Tapi, tiap perkara tu ada manisnya. So, aku ambik yang manislah. Bersyukurnya Allah beri nikmat dapat pregnant, walau untuk beberapa minggu. Ada orang yang bertahun kahwin langsung tak merasa. Syukur... walaupun rahim kepunyaan aku belum berisi tapi kasih sayang suami disisi sentiasa penuh berisi (amboi puih-tis nya hahaha)

Untuk 3 tahun perkahwinan, aku anggap kami pembawa hadiah kepada keluarga besar kami. Aira Nursyifa (2015-pregnant sama with my first), Zahril Danish (2017-pregnant sama with my second), Kaklong pregnant the forth now, Ita pregnant the third, & Nurul pregnant the second. Alhamdulillah... makin besar family kitorang.

Aku selalu mintak Emak & Bapak doakan kitorang dapat baby soon, & of course we both do doa as well. Semoga Allah berikan kami rezeki anak very soon & kurniakan yang terbaik buat kami.. InshaAllah, aamin. 

Rindunya nak pregnant lagi :)




(I MISS) My Pregnancy I

Dear diary, 

Ini adalah random entry yg di post selepas sesi audit photo gallery iPhone 7plus 3juta gigabite (ok.tipu) yang kelihatan sudah hampir kehabisan ruang. Scroll punya scroll terjumpa gambar seperti di bawah ini, memang ku simpan sebab, entah. Sayang nak delete (:

Yas! My very berry first UPT test & it was positive! I am pregnant (congratulations Mama & Abah! We always wanted anak-anak call us Abah & Mama) after dua bulan berkahwin. & yes, we're very surprised & excited & scared & happy, all in once. Masa tu tak tau nak buat apa because we're still apart beratus batu where aku kerja di UiTM Segamat lagi & dia di Shah Alam. So, what I did; woke up so early pagi tu, Jumaat (Johor cuti Jumaat) & terus buat UPT. Masa tunggu result tu ya ampunnn nervous, macam nak melompat jantung keluar. Lepastu lepas tengok double line rasa macam nak pitam sebab so terkejut! (drama) Sorok-sorok bawak keluar UPT dari toilet, sebab segan dengan my sis, masuk bilik & snap gambar, sent to Kamil.

Goodmorning Abah

I sent the picture to bestfriend of mine, Fatin as well. Rasanya dua orang tu orang pertama yang got the news. Ya, it was actually very sangat unplanned where we're not even get ready for it masa tu. As, kitorang once said that, takpelah honeymoon berdua dulu 2 tahun keeeeeeee (& now we're just hit the third year) So basically everything went normal cuma aku macam ada alah dengan Kamil masa sebulan tu. I really cannot stand him masa tu, tak suka tengok muka dia, tak suka bau dia, tak boleh dekat, & I got mad so easy with him. Sangat kesian Kamil masa tu. Bila overreact tu tak sedar yang sebenarnya dah kecikkan sakitkan hati suami, we both cried masa tu as dia rasa macam isteri dia bencikan dia.. honestly, aku pun tak tau kenapa aku react macam tu. Then nangis-nangis minta maaf kat suami for my very unpleasant behavior. It's ongoing like dekat sebulan kot, aku cuma mintak dia bersabar & maafkan aku je atas ketidak-normal-an aku masa tu. Mujur jugak kitorang jauh masa tu, so dia tak perlu hadap perangai annoying aku all the time. Tapi lagi kesian lah sebab dah la jumpa isteri seminggu sekali je, lepastu isteri tak layan elok. So sorry yang... I love you so much, always do.

So sedikit alahan masa tu, emm hidung & bau-bauan. Hidung aku very sensitive dengan bauan, wangi or kuat for me masa tu. So, masa alahan tu memang aku tak pakai perfume sebab nanti aku akan pening, loya. Lagi annoyed me that time, loya tapi tak muntah. Jadi rasa loya tu tak lepas. Haha! Lepastu cepat pening kepala, rentetan bau-bauan tadi. Emm tu je kot, lain-lain pelik takde sebab tak sempat rasa huhuhuhuuu. 

Simplified, on week 10 (tak silap) pergi check up, scan perut, first doctor KK Jementah cakap tak nampak fetus dalam the sac & dia terus refer aku pergi O&G hospital Segamat sebab suspect aku prengnant luar rahim (so lulz doctor ni kelam kabut apetah). Dah haritu aku kena naik ambulans pergi hospital. It's really annoying sebab kau tak sakit & kena naik ambulans as a patient. ohmaii... dengan masatu jalan Segamat-Muar tengah under construction, jalan rosak kot. Pening af. blablablablaaaa O&G scan then the doctor said 'ohh tak nampak fetus you ni. takpe, lepasni after 2 weeks datang lagi sini terus untuk scan semula ya. it should be takde apa-apa so you don't worry' so lebih kurang macamtulah. 

After 2 weeks, datang untuk scan. Okay, rasa biasa je. Then masa jumpa doctor dia tanya kalau ada any unusual thingy, bleeding ke apa ke. So, i said, takde & eveything normal. Then pergi scan. Masa ni scan both external, yang atas perut tu & internal, inside the rahim. Masa scan tu ada few doctors dalam bilik tu & this doctor bertanya to them about my fetus masatu, & sorang doctor ni maybe senior or pakar O&G tu terus said to me, bukan rezeki awak kali ni, it's okay awak muda lagi so cuba lagi yaa..... aku senyum jelah. Nak buat apa lagi kan......

So, masuk bilik doctor semula. Doctor consult lah sikit pasal D&C procedure blablablablaaa.. still, doctor said 'kita tunggu lagi 2 weeks, kita scan semula takut saya salah. then baru kita proceed with d&c blablablaaa' & meantime dia dah set OT untuk d&c. 

Simplified (lagi), weekend yang telah ditetapkan for d&c I went to my husband, Shah Alam. Masa tu dah start mild contraction & bleeding dah. Macam period. Pergi Shah Alam masa tu bawak sekali buku pink. Khamis malam dah rasa contraction kuat selang like 30 mins. Jumaat pagi okay, relax lagi. Saaaampailah petang tu lepas solat jumaat kot, makin kuat & kerap sakit. Rasa nak menangis. Masa tu sorang sebab Kamil kerja, Jumaat kan. Sempat lah tolong Kamil pos kan barang customer dalam sakit-sakit tu. Masa tengah sakit tu aku whatsapp dengan Kaklong, tanya pasal keadaan discharge ni. Apa yang aku rasa semua aku cakap kat dia until tiba-tiba Kamil call tanya keadaan aku masa tu. 


Last, aku surrender. Pukul 4 aku cakap kat Kamil aku ambik dia kat office & bawak aku pegi hospital. Once Kamil keluar office, terus darah keluar dengan baaaaanyaknya. Dalam kereta. Otw to Umra Seksyen 13. Sampai umra terus masuk bilik doctor, yas, darah all over my pants. So, the doctor & nurses do their job. Settle Umra, terus gerak balik Seremban. We're supposed to balik Segamat terus tapi yelah, sebab dah jadi gitu. Masa tu ktorang bukan ada rumah pun kat sini. Duduk hotel 1 malam tu then balik rumah parents. Yeah, we hate this LDR thingy. Jauh perjalanan aku berpantang masa tu, dari Umra Shah Alam ke KPJ Seremban pula.Kemudian balik Segamat, kena admit sebab dah ada appointment semua before tu kan. 



Bermulalah tempoh berpantang, 10 hari cuti. Sudahlah keguguran, bergaduh dengan boss pulak. Haih.. things so hard back then. Seriously. 





Thursday, April 20, 2017

The Day 8 - Jom Balik !

Masa ni dah tak dan nak note apa-apa sebab dah busy turun naik hospital settle kan discharge note, bills & blablablablaaaa....

Well, as usual. Pagi tu nurse datang check bP, bagi ubat & lain-lain (tak ingat dah)
Before berkemas & turun bawah, owg settle kan awak dulu
- breakfast
- mandi wangi-wangi
- siap dress up lawa-lawa

Lepas insurance dah release semua, tengahari tu kita tunggu Abg Amran datang jemput awak,
& teruslah bermula recovery period awak.

You did very-very well & wallahi, I am not asking for more.
Alhamdulillah :)
.
.
.
.
.
.
Harini, 20 April 2017 awak dah mula busy gila dekat PROTON
Senior Engineer
Vehicle Strength & Integration (^_^)

Wednesday, February 1, 2017

The Day 7 - Not going home

09/10/2016 - Ahad 
Bangun lambat weols. Hahahaha. Terukkk. Ingat hospital ni hotel ke ??
Pagi ni awak semangat bangun. 
Awak bangun pergi toilet.
Awak peepee. 
Awak gosok gigi. 
Awak cuci muka.
Terus mandi, after 5 days ! 
Pakai baju wangii, encem encem. 
Duduk kat sofa, tunggu doc. Like a bawse. Hehh. 
Pagi tadi doc Siti  visit, awak still duduk kat sofa. Having a breakfast. Yey ! 
Terus doc cakap awak boleh balik harini. So fast doc. But, my hubs decided to stay here for one more night. 
Berehat. 
Almaklumlah, baru je semalam awak bangun after few days terlantar. Alhamdulillah, semua okay and kita stay lagi malam ni. 
Awak makan lunch banyak harini yang ! Yey. So gooooood
Tengahari tu muzani, syida & erik datang melawat. Alhamdulillah.. Lega dorang tengok awak dah boleh borak.
Abang ujang pun singgah sekejap tengok awak.
Lepastu paktam maktam datang. Singgah daru JB nak balik KL. 
Lepastu adik abg amran pun datang singgah jap. 
Lepastu kita lepak je berdua dalam bilik ni. Layan Fox Movies. Hahaha.
Lepas asar kaklong sampai. Bawak cekodok. Nyam. 
Tak lama lestu pakteh makteh puji sampai dengan yah & opik. 
Lepas dorang semua balik kita melepak jelah lagi berdua.. 
Malam pun berlabuh, kita pun Zzz... Esok kita balik :)