Thursday, July 12, 2018

TTC Part III

Begitu lama masa diambil untuk meneruskan TTC Part III ini. Sampai aku pun dah nak lupa apa cerita yang aku nak tulis. Hue hue hue.

Okay. I decided to undergo the HSG test on 16/4/2018 di KPJ Seremban dengan harga RM360. Kenapa? Haa.. ada la few sebab antaranya:
  1. Aku nak MC hari Isnin tu. Kah kah kah!
  2. The ideal day. It was my day-12 on period cycle.
  3. Senang buat kat Seremban sebab masa tu aku balik kampung. Since aku dah pangkah semua hospital kat Shah Alam ni kan. Lulz.
Prosesnya agak mudah. Sebab dah ada referral letter dari fertility Doctor which doctor di IVFKasih sebelum tu. So, just bawa referral letter tu ke unit Radiology, daftar nama dan dia bagi number giliran. 

Kemudian bila dah di panggil ke dalam bilik tu, dia suruh buka bottom outfit je. Seluar dan seluar kecik lah. Then dia bagi robe serupa bathrobe tu lah. Baring atas katil, eh bukan la katil pun. More to meja. Haha. 

Beginilah lebih kurang rupa tempatnya. 

Lama jugak lah aku kena tunggu masa tu. Dah siap-siap semua, tunggu radiologist pulak lambat nau. Udah le sejuk dalam tu, tambah pulak kena baring atas meja steel. Tambah lagi pulak, pakai robe je sekeping! Sejuk punggung aku. Lulz.

So, lepas radiologist masuk dorang pun mulalah session. First, dia suruh aku kangkang lah, nak masukkan tube untuk contrast liquid. Terkepit-kepit iols. Segan mende entah. Lulz. Kejap je dia masukkan tube tu. Tak rasa apa pun. Then dia suruh aku baring normallah. Turunkan kaki yang terkangkang tadi tu. Lalu dia masukkan contrast liquid ittew..

Masa liquid tu masuk menyelinap ke pelusuk rahim, kau akan rasa sedikit senak. Itu memang nurse pun dah inform awallah. So, kita aware dengan rasa tu. Dalam 5 minit je dia inject contrast liquid tu, then dia ambik imagenya, then done!

Siap tu radiologist and the nurses pun berkata kepada aku, okay cantik je. Takde blockage, semua normal. InshaAllah mesti pregnant lepasni! 

Aamin! - kata aku. Hehe.

Siap semua aku pun keluarlah. Sebab nak tunggu image x-ray tu lama, so aku ajak Kamil jalan-jalan kat Palm Mall depan hospital tu. Hmm.. cerita lepasni macam ada unsur cemas sikit. HAHAHA.

Lepas dalam sejam aku jalan-jalan kat Palm Mall tu, balik lah ke KPJ balik untuk ambik image x-ray. Uihh.. masa ni aku dah mula ada rasa sedikit angin bayu membawa dirikuuu... tak. Bukan angin. Rasa sedikit tak selesa kat perut. Then lepas settle payment dan ambik x-ray, nak berjalan ke parking. Fuhh.. cramp tadi tu makin kuat. Aku macam tak boleh bernafas. Peluh-peluh jantan mula merembes di dahi. Aku panic, Kamil lagi lah panic sebab dia tak tau nak buat apa. 

Aku pun tak tau nak buat apa. Aku just ajak Kamil blah dari situ sebab kepala otak aku dah sesak. Cari klinik berhampiran. Klinik pertama, doctor takde. Klinik kedua, dah tak terima patient. Dan akhirnya klinik ketiga, patient last before doctor out for lunch. Masa ni cramp kuat tadi dah reda, so aku pegi check doctor dan ambik MC je, memandangkan kt radiology tadi dorang tak boleh keluarkan MC. 

So, balik tu just makan ponstan & tidur. Aku rasa effect selepas HSG ni depends on orang. Sebab before tu aku borak dengan Fatin, since dia dah pernah buat. Kalau ikut dia, dia rasa senak masa inject liquid tu je. Then keluar sekidit darah bayu for few days. Tak macam darah period la. 

Macam aku pulak, senak semasa HSG - yes, discharge darah bayu - yes, hard cramp - yes, and two days lepastu tak silap, keluar darah macam darah period. Darah ni keluar for 3-4 days seingat aku. Masa tu sempat aku email doctor yang aku refer kat IVFKasih tu, bertanyakan situasi aku ni. Adakah normal atau something. Alhamdulillah dia respond dan takde bagitau perkara-perkara yang menggusarkan. Cuma dia suruh aku datang jumpa dia, which sepatutnya tapi aku malas. HAHAHA.

The result. Ni tempat anak aku esok ni :)

So, kalau tengok pada image x-ray ni, both tube aku takde blockage. Liquid freely pegi masuk sampai ke hujung. Alhamdulillah... Sebelum HSG tu pun nurse ada la explain sikit. HSG ni one of rawatan jugak sebenarnya, bukan lah sekadar test sahaja. Seandainya ada minor blockage, liquid tu akan tolak dia sekali so that jalan tu clear lah. Lalu mudah lah anak-anak dari Abah dia merenang carik anak-anak Mama. Macamtu la lebih kurang, ikut pemahaman aku. 

Demikianlah selesai step seterusnya, HSG test. Blood test je aku tak dapat buat haritu, sebab budget tak mencukupi. Sad. Doctor suggest aku buat blood test since aku dah penah keguguran twice :(

Begitulah dia. Inilah yang aku cakap, usaha aku setakat yang termampu. Financially, aku dan Kamil memang tak mampu nak buat semua. Aku mampu berdoa semoga Allah berkahi dan beri hasil yang manis atas usaha/ikhtiar aku dan Kamil yang termampu ni :)

No comments:

Post a Comment