Wednesday, October 17, 2018

TTC Part IV

It's been a while. Yeah. Last post on July, ni dah October. & yes. I am still not pregnant. Hue hue hue. 

Lepas berapa bulan aku buat HSG baru aku sambung nak buat treatment. Tak. Belum mula pun treatment. Any treatment. We both busy like nak mamps. Busy dengan kehidupan. Sampai nak melepet pun tak sempat. Berlarutan sampai berbulan-bulan kot. Lulz. & aku masih tak pergi IVFkasih tu untuk consultation seterusnya. Sebab memikirkan macam leceh lagi nak kena kesana kesini lagi nak kena buat test itu & ini.

Make it short, Kamil ada cerita kawan Uni dia dulu dah pregnant after 6 ke 7 tahun kahwin. Buat treatment kt PPUM. Wahh.. aku pun berkobar jugak lah niat & hajat nak buat kat PPUM jugak. So call lah Reproductive Clinic untuk details & appointment. Mudah rupanya nak buat appointment! Jadi dia bagi lah aku 9 Oktober untuk first appointment. Mula-mula dia nak bagi aku tarikh 2 Oktober tapi aku tak boleh cuti masa tu sebab ada event besar dalam minggu tu. 

Then 9 Oktober pun tiba. 

Eh lupa nak mention, Kamil dah tukar kerja! Dari Proton, dia masuk Sarens pulak demi mengejar cita-cita & passion-nya. Dia start Sarens on September haritu. Baru nau lagi.. tak boleh ambik cuti. Hahaha. So, first appointment ni a bit masalah la kat dia. Tapi mana lagi penting? I ke kerja dia? Kerja tewas. Dia ambik cuti hari tu. I menang, yey!

Berbalik kepada 9 Oktober tadi, okaylah pagi tu bangun awal pagi jugak sebab walaupun tak keluar bekerja namun tetap kena keluar awal pagi sebab traffic is jammed goisss... noying! Bawak semua result test-test yang aku dah buat sebab masa call haritu nurse tu dah pesan bawak sekali nanti senang doktor nak teruskan check yang mana & apa. 

Appointment aku pukul 8.30 pagi, tapi aku sampai lewat. Dekat 9.30 pagi aku sampai. Dengan jammed nya, dengan sesat nak cari Kompleks Kesihatan Wanita & Kanak-kanak tu. Lepastu sesat pulak carik level kat mana doktor nak check fertility nehhh...

Aku pulak lupa level berapa tu sebab masa call tu nurse dah bgtau: Gynae Clinic - Level 2, KWKK - tekan button D untuk pendaftaran kes infertility. Jadi lepas dah tekan button D, menangok la tunggu turn. Tak lama jugak. Less than 30 mins kot dia panggil.. Ni pendaftaran je tau. Belum turn jumpa doctor lagi. HAHAHA!

So, dia bagi la aku kad patient dengan sticker bar code apa bagai dengan nombor giliran. Yas, yang ini betul-betul menunggu punya weh. Dari pukul 10 aku dapat number, pukul 1 lebih baru aku jumpa doctor! Pulak tu number yang selepas kitorang naik dulu. Dengan mamai nya sebab tertidur tunggu turn, berlari aku dengan Kamil pegi bilik doctor tu. Sebab ingatkan dorang panggil number kitorang masa kitorang terlelap. Rupanya memang dorang panggil number tu dulu sebab bawak baby. fuhhh. Kamil dah mula panassss... aku tenangkan dia, suruh pergi jalan-jalan kat luar lagi. Sebab dia mengadu sakit kepala, sakit perut pagi tu. Lepastu mengantuk pulak. Mood dia memang ke lautan dalam pagi tu.

Masa tengah menunggu tu borak dengan sorang makcik ni. Dia kat PPUM tu dari Subuh, sampai tengahari tu belum masuk-masuk lagi. Okaylah. Bersabar jelah kan. Sabar itu indah ---

Kamil pulak dah tak senang duduk dalam clinic tu. Sejuk kata dia. Aku ni dah panas inside out dia boleh sejuk pulak. Dia decide nak keluar lagi. Baring kat surau. So, okaylah & ting tong. Number turn aku pun naik. Alamak. Kamil ni tak tiba-tiba pulakkk.. ah lantak. Aku masuk je lah sorang, dalam masa sama dok call dia. Eh.. tak berangkat-angkat nehh. Lantak lah, aku dengar jelah sorang apa doctor tu nak. 

Simplified, doctor tanya history background aku lah. Kesimpulannya, I can pregnant & should be no problem to get pregnant again. Dia scan perut, nampak normal. Tiada yang pelik-pelik. Plus result HSG aku haritu pun okay, menguatkanlah kenormalan keadaan rahim aku.

Alamak ada kerja pulak nak buat. Sambung Part V lah nanti ---


No comments:

Post a Comment