So, haritu dah consult doctor IVFKasih, dah consume ubat yg doctor bagi, fish oil, folic acid. Seterusnya doctor suruh buat HSG test & blood test for anti-phospholipid, diabetes & thyroid. Yang ni semua doctor dah bagi surat refer & form, tinggal bawa ke hospital sahaja. Punyalah lama aku peram surat refer tu semua dari bulan 9/2017, sampai 16/4/2018 baru aku buat. HAHA. Beginilah rakyat marhaen, demi kesihatan diri kenalah buat tabung, simpanlah berdikit-dikit. Sobs.
Apa itu HSG ?
Pemeriksaan ini menggunakan media kontras supaya uterus dan tiub fallopio dapat dilihat dengan jelas menggunakan kaedah floroskopi.
Pakar radiologi akan dapat melihat keseluruhan sistem reproduktif dengan lebih jelas semasa media kontras mengalir melalui tiub fallopio dan memenuhi keseluruhan sistem reproduktif. Penyumbatan (blockage) pada tiub fallopio dan juga struktur yang abnormal juga akan dapat dikenalpasti.
- Sumber myhealth.gov.my
Aku sejenis yang suka study dulu certain area berkaitan dengan tajuk so aku dapat view sikit mengenai sesuatu itu before aku go through it. Jadi, kalau nak cakap pasal persediaan aku bacalah mengenai HSG ni, sebelum semasa dan selepas. Selain tu, bertanyakan jugak kat orang yang dah pernah buat test tu. Por me, aku ada lah bertanyakan perihal HSG ni kat Fatin and Kaklong. Tak sudah-sudah aku asyik wasap, cakap nervous. Eh. macam-macam lah difikirnya kepala hotak ni pun.
Kebiasaanya operasi HSG dilakukan pada hari ke 10-12 (period cycle). & adalah dilarang untuk bersama sebelum operasi HSG ini. Por me, hari paling ngam lagi convenient ialah Isnin tu lah, 16/4/2018 which is my 11th day. Sebelum tu aku google dan call mana-mana hospital pakar sekitar Selangor/KL/Seremban yang ada sediakan HSG test ni beserta harganya. Jadi ini adalah antara yang aku call dan harganya as at 16/4/2018 ;
Selangor
KPJ Shah Alam - RM600
KPJ Klang - RM410
KL
KPJ Tawakal - RM260
Seremban
KPJ Seremban - RM350
SALAM Senawang - RM230
So, dari list Shah Alam aku pangkah terus lah. Out of coverage angat harganyaaaa. KPJ Tawakal pulak dah full untuk tarikh 16/4/2018, Isnin. Jadi tinggallah Seremban je pilihan aku, sebab aku memang balik Seremban weekend tu. SALAM tu dah nice dah murah, tapiiiii dia buat Selasa dgn Rabu je. Al-penyudahnya, KPJ Seremban, paling convenient. Boleh walk in je ke Radiology & bagi surat refer.
Panjang lagi cite aku. Bersambungssss
No comments:
Post a Comment