... continues
Selepas pelbagai kejadian & tragedi 2015, my husband keluarkan kuasa veto dia suruh aku resign & move in with him. Masa tu like lantaklah takde kerja pun, let's live together. Haha!
Berjimba sakan lepas bebas dari beban kerja, yas! & on February 2016, I'm positive pregnant. Alhamdulillah... masa ni happy & still surprised! Sebab kami plan untuk mencuba selepas February. Haha. Kau fikir kau siapa! Kalau Allah nak bagi, bila-bila lah Dia suka, Dia punya pasal. So, ya. I'm pregnant again (:
This time around punya alahan tak jauh beza jugak dengan the first one. Hidung. Sangat lah sensitive, cepat pening & alah dengan Kamil (lagi). Ohh pity my dear hubsy... my deep deep apology sayang.......Tapi kali ni ada tambahan, keputihan tahap teroxxxx. Banyak X nya tu. Yas, it's baaad. Taknak cerita. Malulah. Hue hue.
All the UPTs
Sebabkan perasaan, iya ke aku pregnant ni? aku buat 4 kali tests termasuk kat klinik mula-mula tu. Perasaan gembira, excited & berbaur takut. Takut terjadi lagi kes yang pertama. & kerana yang takut itu, once again. Kali ni tak sempat buka buku pink pun hmm....
First scan masa tu 6 weeks. Doctor kata masih tak nampak, but the sac is there. Doctor suruh datang lagi nanti on week-8. On week-8 pergi scan kat Klinik Ajwa Seksyen 7 pulak. Honestly, dalam seminggu before tu aku macam dah tak rasa ada alahan dah. Tak rasa macam pregnant. Tapi tulah. Perasaan je kott... sedapkan hati. Asyik lah cakap kat Kamil, kalau jadi lagi macamana.......... then scan lah perut. Kat Ajwa ni monitor scan tu betul-betul kat depan muka aku so memang terus nampak apa yang doctor nampak. Disebabkan before ni kan dah pernah tengok keadaan dalam sac & fetus yang macam dot tu, so aku macam dah tahulah apa yang bakal doctor katakan. Kamil keep positive lah, as usual. Yes, ada masa memang aku perlukan positiveness, chillness suamiku. Ewah!
Lama doctor tu pusing-pusingkan apa probe tu nak cari fetus. My sac was empty! No fetus! So, the doctor sadly told us blablablaaa...I cried that night. & aku perpegang dengan keputusan, taknak buat D&C. Biarkan dia keluar sendiri. & yeah, kali ni lebih sakit dari yang dulu. I cried pukul 5 pagi sebab sakit yakmat. Sampai dekat nak subuh tu aku ke toilet & plup! It came out. Aku ambik yang keluar tu & bawak pergi hospital Shah Alam pagi tu. Doctor check kalau ada lagi yang tertinggal dalam tu, do this & that. Sampai it's a complete discharge. Mula pantang lagi......
Both miscarriages ni actually jadi hampir pada tarikh yang sama pada tahun berbeza. Kira the second tu exactly after 1 year dari the first one. Umpama Deja Vu di Kinabalu....
Jadi, demikianlah kisah Kama & her past pregnancies. Sekarang dah masuk tahun ketiga perkahwinan, Alhamdulillah... bahagia tak pernah hilang dari kami. Banyak suka & duka kita dua redah sama-sama. Positive & optimist. Kamil selalu ingatkan aku untuk be positive in every way. Jangan stress, walaupun dia stress jugak. Haha.
Kadang-kadang orang mungkin tak faham & mereka ingat kitorang memang belum nak anak. ANAK. So, kadang-kadang ada yang bertanya soalan bodoh. Mana ada orang yang dah kahwin taknak anak. Kadang tu nak marah jugak, tapi apa yang kita dapat kan? Senyum jelah, mintak doa. Berapa banyak cakap-cakap, petua, dah kita dengar & buat, semampu kita.
Sekarang ni kalau period pun rasa nak menangis. Sedih & frustnya... Tapi keep ingat, ada orang yang lebih sedih, lebih hebat dugaan dia. Entahlah kenapa aku tulis dua entry ni... biarpun kenangannya yang tak berapa best. Tapi, tiap perkara tu ada manisnya. So, aku ambik yang manislah. Bersyukurnya Allah beri nikmat dapat pregnant, walau untuk beberapa minggu. Ada orang yang bertahun kahwin langsung tak merasa. Syukur... walaupun rahim kepunyaan aku belum berisi tapi kasih sayang suami disisi sentiasa penuh berisi (amboi puih-tis nya hahaha)
Untuk 3 tahun perkahwinan, aku anggap kami pembawa hadiah kepada keluarga besar kami. Aira Nursyifa (2015-pregnant sama with my first), Zahril Danish (2017-pregnant sama with my second), Kaklong pregnant the forth now, Ita pregnant the third, & Nurul pregnant the second. Alhamdulillah... makin besar family kitorang.
Aku selalu mintak Emak & Bapak doakan kitorang dapat baby soon, & of course we both do doa as well. Semoga Allah berikan kami rezeki anak very soon & kurniakan yang terbaik buat kami.. InshaAllah, aamin.
Rindunya nak pregnant lagi :)
No comments:
Post a Comment