Dear diary,
Ini adalah random entry yg di post selepas sesi audit photo gallery iPhone 7plus 3juta gigabite (ok.tipu) yang kelihatan sudah hampir kehabisan ruang. Scroll punya scroll terjumpa gambar seperti di bawah ini, memang ku simpan sebab, entah. Sayang nak delete (:
Yas! My very berry first UPT test & it was positive! I am pregnant (congratulations Mama & Abah! We always wanted anak-anak call us Abah & Mama) after dua bulan berkahwin. & yes, we're very surprised & excited & scared & happy, all in once. Masa tu tak tau nak buat apa because we're still apart beratus batu where aku kerja di UiTM Segamat lagi & dia di Shah Alam. So, what I did; woke up so early pagi tu, Jumaat (Johor cuti Jumaat) & terus buat UPT. Masa tunggu result tu ya ampunnn nervous, macam nak melompat jantung keluar. Lepastu lepas tengok double line rasa macam nak pitam sebab so terkejut! (drama) Sorok-sorok bawak keluar UPT dari toilet, sebab segan dengan my sis, masuk bilik & snap gambar, sent to Kamil.
Goodmorning Abah
I sent the picture to bestfriend of mine, Fatin as well. Rasanya dua orang tu orang pertama yang got the news. Ya, it was actually very sangat unplanned where we're not even get ready for it masa tu. As, kitorang once said that, takpelah honeymoon berdua dulu 2 tahun keeeeeeee (& now we're just hit the third year) So basically everything went normal cuma aku macam ada alah dengan Kamil masa sebulan tu. I really cannot stand him masa tu, tak suka tengok muka dia, tak suka bau dia, tak boleh dekat, & I got mad so easy with him. Sangat kesian Kamil masa tu. Bila overreact tu tak sedar yang sebenarnya dah kecikkan sakitkan hati suami, we both cried masa tu as dia rasa macam isteri dia bencikan dia.. honestly, aku pun tak tau kenapa aku react macam tu. Then nangis-nangis minta maaf kat suami for my very unpleasant behavior. It's ongoing like dekat sebulan kot, aku cuma mintak dia bersabar & maafkan aku je atas ketidak-normal-an aku masa tu. Mujur jugak kitorang jauh masa tu, so dia tak perlu hadap perangai annoying aku all the time. Tapi lagi kesian lah sebab dah la jumpa isteri seminggu sekali je, lepastu isteri tak layan elok. So sorry yang... I love you so much, always do.
So sedikit alahan masa tu, emm hidung & bau-bauan. Hidung aku very sensitive dengan bauan, wangi or kuat for me masa tu. So, masa alahan tu memang aku tak pakai perfume sebab nanti aku akan pening, loya. Lagi annoyed me that time, loya tapi tak muntah. Jadi rasa loya tu tak lepas. Haha! Lepastu cepat pening kepala, rentetan bau-bauan tadi. Emm tu je kot, lain-lain pelik takde sebab tak sempat rasa huhuhuhuuu.
Simplified, on week 10 (tak silap) pergi check up, scan perut, first doctor KK Jementah cakap tak nampak fetus dalam the sac & dia terus refer aku pergi O&G hospital Segamat sebab suspect aku prengnant luar rahim (so lulz doctor ni kelam kabut apetah). Dah haritu aku kena naik ambulans pergi hospital. It's really annoying sebab kau tak sakit & kena naik ambulans as a patient. ohmaii... dengan masatu jalan Segamat-Muar tengah under construction, jalan rosak kot. Pening af. blablablablaaaa O&G scan then the doctor said 'ohh tak nampak fetus you ni. takpe, lepasni after 2 weeks datang lagi sini terus untuk scan semula ya. it should be takde apa-apa so you don't worry' so lebih kurang macamtulah.
After 2 weeks, datang untuk scan. Okay, rasa biasa je. Then masa jumpa doctor dia tanya kalau ada any unusual thingy, bleeding ke apa ke. So, i said, takde & eveything normal. Then pergi scan. Masa ni scan both external, yang atas perut tu & internal, inside the rahim. Masa scan tu ada few doctors dalam bilik tu & this doctor bertanya to them about my fetus masatu, & sorang doctor ni maybe senior or pakar O&G tu terus said to me, bukan rezeki awak kali ni, it's okay awak muda lagi so cuba lagi yaa..... aku senyum jelah. Nak buat apa lagi kan......
So, masuk bilik doctor semula. Doctor consult lah sikit pasal D&C procedure blablablablaaa.. still, doctor said 'kita tunggu lagi 2 weeks, kita scan semula takut saya salah. then baru kita proceed with d&c blablablaaa' & meantime dia dah set OT untuk d&c.
Simplified (lagi), weekend yang telah ditetapkan for d&c I went to my husband, Shah Alam. Masa tu dah start mild contraction & bleeding dah. Macam period. Pergi Shah Alam masa tu bawak sekali buku pink. Khamis malam dah rasa contraction kuat selang like 30 mins. Jumaat pagi okay, relax lagi. Saaaampailah petang tu lepas solat jumaat kot, makin kuat & kerap sakit. Rasa nak menangis. Masa tu sorang sebab Kamil kerja, Jumaat kan. Sempat lah tolong Kamil pos kan barang customer dalam sakit-sakit tu. Masa tengah sakit tu aku whatsapp dengan Kaklong, tanya pasal keadaan discharge ni. Apa yang aku rasa semua aku cakap kat dia until tiba-tiba Kamil call tanya keadaan aku masa tu.
Last, aku surrender. Pukul 4 aku cakap kat Kamil aku ambik dia kat office & bawak aku pegi hospital. Once Kamil keluar office, terus darah keluar dengan baaaaanyaknya. Dalam kereta. Otw to Umra Seksyen 13. Sampai umra terus masuk bilik doctor, yas, darah all over my pants. So, the doctor & nurses do their job. Settle Umra, terus gerak balik Seremban. We're supposed to balik Segamat terus tapi yelah, sebab dah jadi gitu. Masa tu ktorang bukan ada rumah pun kat sini. Duduk hotel 1 malam tu then balik rumah parents. Yeah, we hate this LDR thingy. Jauh perjalanan aku berpantang masa tu, dari Umra Shah Alam ke KPJ Seremban pula.Kemudian balik Segamat, kena admit sebab dah ada appointment semua before tu kan.
Bermulalah tempoh berpantang, 10 hari cuti. Sudahlah keguguran, bergaduh dengan boss pulak. Haih.. things so hard back then. Seriously.
No comments:
Post a Comment