Wednesday, January 3, 2018

Blind or Blindfolded ?


Sebenarnya dah lama tak mendengar radio. Sesenjak dah kerja ni je dengar radio. Sebabnya memang banyak dengar radio masa driving or dalam kereta sahaja. Aku masih terpinga about something sebenarnya sejak dari hari Jumaat lepas, last day kerja 2017. 

Mula-mula semangat waja, segar bekerja! Sebab boss cuti. Hua hua huua.

Lepastu tiba-tiba tengok video talk pasal rezeki. Video simple je. Vlog. Cerita dia lebih kurang macam aku, belum dapat rezeki anak. 

Dah petang tu datang mood nak writing. Mula draft post Count Your Blessings . Tak post terus, simpan dalam draft je dulu. Konon nak post 31/12/2017 tapi terbabas sampai ke 2/1/2018. HAHA.

Okay. Balik kerja tu drive sorang, sebab Kakak EL. Pergi sendiri balik sendiri. Biasalah nak hiburkan diri seorang diri memang akan feel layan satu-satu lagu yang keluar kat radio, sambil menyumpah drivers kiri kanan yang kurang kesabaran. Menyondol mende entah. Noying. 

Tak tau lah apa yang menggerakkan telinga ni untuk dengar bait-bait satu lagu sedap ni. Selalu je dengar kat radio tapi tak pernah pun perasan apa lirik dia. Sebab aku memang jenis tak tangkap lirik dari dengar je, aku kena baca lirik tu baru boleh tangkap & ingat. Sebab tu listening for MUET aku tak berapa bagus. I am good at reading (masih mahu berlagak). Then tiba part chorus, 

Tuhan, 
segalanya telah engkau tentukan
terangi saja hati ku
maafkan aku selalu terlupa
mensyukuri semuanya. 

Sumpah, clear aku dengar lirik dia, ulang-ulang.. rasa nak menangis. Goosebumps. Rasa macam kena tepek pun ada. Sepanjang jalan tu aku dok la berfikir, apa yang kurang dalam hidup kau yang kau rasa kau susah, kau sedih? -- nak kau bandingkan dengan apa yang Allah dah bagi kat kau?

mak aihh.. apesal aku rasa dah serupa ustazah ni? Lol. 

Okay, tu cerita radio. Lepastu sampai rumah ku buka televisyen. Buka je tengok tengah Al-Kuliyyah, lagi syok sebab Ustaz Elyas Ismail. Aku memang akan tonton Al-Kuliyyah ni bila dia je yang yang menceramah. Terus melepet depan TV. Cerita pasal dhuha & rezeki. Ya Allahu Akbar........... hati aku masa tu rasa berbunga tak tau kenapa. I feel so loved! MashaAllah, begitu sekali Allah nak ajar aku pasal rezeki & syukur. 

Jadi, malam tu share lah kat Kamil apa yang aku dapat harini, termasuk hal kerja. & at the meantime, kita audit sikit lah hidup ni. Buat renung & menung sempena nak tahun baru. 

Tenung jugak suami. 

I am blessed. Thank you Allah :)










No comments:

Post a Comment