I found somebody wrote this doa in Facebook. Its beautiful :)
Ya Allah,
sekiranya dengan mempunyai zuriat dapat mendekatkan aku dengan diri Mu,
maka makbulkanlah ya Allah...
Ya Allah,
sekiranya dengan mempunyai zuriat membuatkan Engkau lebih memandang dan mendengar ku ya Allah,
kurniakanlah...
Ya Allah,
sekiranya dengan mempunyai zuriat membuatkan ibadahku lebih bertambah & solatku lebih khusyuk,
maka izinkanlah nikmat ini Engkau pinjamkan kepadaku ya Allah...
Kerana Engkau sahajalah sebaik-baik perancang & Engkau yang Maha Mengetahui atas segala sesuatu yang terbatas bagiku.
Aamin ya rabbal aalamin
Tuesday, January 30, 2018
Wednesday, January 3, 2018
Blind or Blindfolded ?
Sebenarnya dah lama tak mendengar radio. Sesenjak dah kerja ni je dengar radio. Sebabnya memang banyak dengar radio masa driving or dalam kereta sahaja. Aku masih terpinga about something sebenarnya sejak dari hari Jumaat lepas, last day kerja 2017.
Mula-mula semangat waja, segar bekerja! Sebab boss cuti. Hua hua huua.
Lepastu tiba-tiba tengok video talk pasal rezeki. Video simple je. Vlog. Cerita dia lebih kurang macam aku, belum dapat rezeki anak.
Dah petang tu datang mood nak writing. Mula draft post Count Your Blessings . Tak post terus, simpan dalam draft je dulu. Konon nak post 31/12/2017 tapi terbabas sampai ke 2/1/2018. HAHA.
Okay. Balik kerja tu drive sorang, sebab Kakak EL. Pergi sendiri balik sendiri. Biasalah nak hiburkan diri seorang diri memang akan feel layan satu-satu lagu yang keluar kat radio, sambil menyumpah drivers kiri kanan yang kurang kesabaran. Menyondol mende entah. Noying.
Tak tau lah apa yang menggerakkan telinga ni untuk dengar bait-bait satu lagu sedap ni. Selalu je dengar kat radio tapi tak pernah pun perasan apa lirik dia. Sebab aku memang jenis tak tangkap lirik dari dengar je, aku kena baca lirik tu baru boleh tangkap & ingat. Sebab tu listening for MUET aku tak berapa bagus. I am good at reading (masih mahu berlagak). Then tiba part chorus,
Tuhan,
segalanya telah engkau tentukan
terangi saja hati ku
maafkan aku selalu terlupa
mensyukuri semuanya.
Sumpah, clear aku dengar lirik dia, ulang-ulang.. rasa nak menangis. Goosebumps. Rasa macam kena tepek pun ada. Sepanjang jalan tu aku dok la berfikir, apa yang kurang dalam hidup kau yang kau rasa kau susah, kau sedih? -- nak kau bandingkan dengan apa yang Allah dah bagi kat kau?
mak aihh.. apesal aku rasa dah serupa ustazah ni? Lol.
Okay, tu cerita radio. Lepastu sampai rumah ku buka televisyen. Buka je tengok tengah Al-Kuliyyah, lagi syok sebab Ustaz Elyas Ismail. Aku memang akan tonton Al-Kuliyyah ni bila dia je yang yang menceramah. Terus melepet depan TV. Cerita pasal dhuha & rezeki. Ya Allahu Akbar........... hati aku masa tu rasa berbunga tak tau kenapa. I feel so loved! MashaAllah, begitu sekali Allah nak ajar aku pasal rezeki & syukur.
Jadi, malam tu share lah kat Kamil apa yang aku dapat harini, termasuk hal kerja. & at the meantime, kita audit sikit lah hidup ni. Buat renung & menung sempena nak tahun baru.
Tenung jugak suami.
I am blessed. Thank you Allah :)
Tuesday, January 2, 2018
Count Your Blessings
this post been drafted before January 2018
2017 almost meet the end & 2018 just around the corner. Too many things yang kita semua experienced. May be we should, like reflect or look back or whatever, to perkara-perkara yang kita lalui yang mungkin juga kita boleh bring something from all of it to 2018?
-- dah kenapa aku rasa macam berfalsafah sangat ni. lulz.
SO, as por me; aku rasa aku patut list all 2017's punya cerita of mine. & maybe dari tu boleh aku me-reflect diri sendiri and at the same time, setting the new goal for 2018!
-- wah. begitu bersemangat ingin menempuh tahun baru!
Okaylah. Sebenarnya aku a bit down this year because... I'm actually expecting for a baby this year. Like, nak gila gila dapat baby this year. But, a'la kulli hal... Allah lebih tau what best for me. & honestly I was like, kenapa lah itu, kenapa lah ini blablabla.. banyak sangat merungut almost about everything. So, from that aku rasa aku kena look back, cari any little tiny things yang terjadi sepanjang 2017 ni untuk aku betulkan diri dan rohani sendiri. Tak baikkan kita ada rasa kecewa, rasa marah bila kita hendak tapi benda tu kita tak dapat, apa maknanya tu? Samalah seperti kita marahkan takdir yang Allah dah tetapkan untuk kita! Astaghfirullah... (bunyi guruh ni kat sini. serius)
Semua kita tau yang Allah dah tetapkan segaaaaaaala hal untuk kita sejak dari dalam rahim emak lagi. Ketentuan Allah tu tak pernah salah pun, sebab, kau apa tau (gaya kak wondamunah). Lately, aku cuba tengok, dengar talk about rezeki, takdir & etc. Bila direnung dimenungkan balik, sebenarnya banyak yang Allah bagi kat aku - us. Mungkin kami dapat satu kesedihan tapi sebenarnya Allah bagi baaaaanyak kegembiraan, rahmat & nikmat, walaupun kecil! Allahuakbar...
Semoga tahun 2018 ini lebih baik, lebih kegembiraan, lebih kasih sayang, lebih matang, lebih istiqamah, lebih murah rezeki, lebih rahmat dari Allah. InshaAllah.. Aamin :)
Subscribe to:
Posts (Atom)