Tuesday, April 17, 2018

TTC Part II

So, haritu dah consult doctor IVFKasih, dah consume ubat yg doctor bagi, fish oil, folic acid. Seterusnya doctor suruh buat HSG test & blood test for anti-phospholipid, diabetes & thyroid. Yang ni semua doctor dah bagi surat refer & form, tinggal bawa ke hospital sahaja. Punyalah lama aku peram surat refer tu semua dari bulan 9/2017, sampai 16/4/2018 baru aku buat. HAHA. Beginilah rakyat marhaen, demi kesihatan diri kenalah buat tabung, simpanlah berdikit-dikit. Sobs. 

Apa itu HSG ?

Histerosalpingografi / HSG merupakan satu pemeriksaan radiologi untuk melihat bentuk rongga rahim serta patensi tiub fallopio. 

Pemeriksaan ini menggunakan media kontras supaya uterus dan tiub fallopio dapat dilihat dengan jelas menggunakan kaedah floroskopi.

Pakar radiologi akan dapat melihat keseluruhan sistem reproduktif dengan lebih jelas semasa media kontras mengalir melalui tiub fallopio dan memenuhi keseluruhan sistem reproduktif. Penyumbatan (blockage) pada tiub fallopio dan juga struktur yang abnormal juga akan dapat dikenalpasti.

- Sumber myhealth.gov.my


Aku sejenis yang suka study dulu certain area berkaitan dengan tajuk so aku dapat view sikit mengenai sesuatu itu before aku go through it. Jadi, kalau nak cakap pasal persediaan aku bacalah mengenai HSG ni, sebelum semasa dan selepas. Selain tu, bertanyakan jugak kat orang yang dah pernah buat test tu. Por me, aku ada lah bertanyakan perihal HSG ni kat Fatin and Kaklong. Tak sudah-sudah aku asyik wasap, cakap nervous. Eh. macam-macam lah difikirnya kepala hotak ni pun. 

Kebiasaanya operasi HSG dilakukan pada hari ke 10-12 (period cycle). & adalah dilarang untuk bersama sebelum operasi HSG ini. Por me, hari paling ngam lagi convenient ialah Isnin tu lah, 16/4/2018 which is my 11th day. Sebelum tu aku google dan call mana-mana hospital pakar sekitar Selangor/KL/Seremban yang ada sediakan HSG test ni beserta harganya. Jadi ini adalah antara yang aku call dan harganya as at 16/4/2018 ;

Selangor
KPJ Shah Alam - RM600
KPJ Klang - RM410

KL
KPJ Tawakal - RM260

Seremban
KPJ Seremban - RM350
SALAM Senawang - RM230

So, dari list Shah Alam aku pangkah terus lah. Out of coverage angat harganyaaaa. KPJ Tawakal pulak dah full untuk tarikh 16/4/2018, Isnin. Jadi tinggallah Seremban je pilihan aku, sebab aku memang balik Seremban weekend tu. SALAM tu dah nice dah murah, tapiiiii dia buat Selasa dgn Rabu je. Al-penyudahnya, KPJ Seremban, paling convenient. Boleh walk in je ke Radiology & bagi surat refer. 

Panjang lagi cite aku. Bersambungssss

Friday, April 13, 2018

7th Year

13/04/2018

Harini genap 7 tahun arwah Atok pergi tinggalkan kami semua.
Semoga rohnya berbahagia di sana.

Hjh. Zaharah binti Yusof,
We always miss you <3

Wednesday, April 11, 2018

TTC Part I

Menghampiri tahun ke-4 perkahwinan, we think, it's just time. Proceed dengan semua check up yang doctor suggest. It started dari September 2017 sebenarnya. Masa tu aku gigih google info pasal klinik-klinik fertility yang ada kat Shah Alam. & terbaca pasal IVFkasih yang baru buka di Seksyen 13, Shah Alam. Sederet dengan Hospital Umra.

IVFkasih is a low cost IVF programme with a modern and completely different approach, reducing costs while maintaining success rate comparable to the standard IVF programme - ivfkasih

Actually tidak lah se-low cost yang dia mention tu -- for early stage/step lah. Bermula dengan buat sperm count, scan, pap smear & ubat. Total lost = +/-RM700 . Terkejut credit card abang.

Then the result;
sperm count - passed
scan - OK
pap smear - done

Ubat doctor bagi BQ10 por me, and apa nama ubat untuk Kamil, aku tak ingat. Both untuk develop eggs & sperm yg more sihat. & meantime, doctor suggest to consume fish oil. Any fish oil. Maka pergilah aku ke farmasi berhampiran, study satu-satu jenis fish oil. Last, aku pilih Blackmores fish oil 1000 mg.

Penting untuk anda tahu bahawa, begitu sukar ya kita nak makan ubat jika tidak sakit (yang nampak). Bayangkanlah, BQ10 aku tak habis-habis lagi kot dari bulan 9 tahun lepas tu. Haihh.. bila teringat je makan.

Okaylah, pendekkan cerita. Setelah consume kesemua ubat-ubat ini termasuklah acid folic, nampaknya masih belum tiba rezeki anak buat kami.. Bulan mengambang helok setiap bulan. It's a good sign sebenarnyalah kan ? Sebab masalah besar juga kalau period tak teratur ni. Tapi itulah. Kadang tu stress jugak. Like;

Apeni ?
Apa lagi yang tak kena ?
Apa penyakit ni sebenarnya ?

Bila aku buat perangai down cenggini mulalah Kamil pun hangin dengan aku. Marah betul dia. Kata dia, "Jangan lah stress macamni. Awak yang akan bawa anak nanti tau. Kalau awak stress macamni, macamana.." Maka tertunduk jelah aku lepas tu. But, yeah. Nama pun perempuan kan. Kalau tak over exaggerate memanglah tak sah.

Thursday, April 5, 2018

New Girl !

Alhamdulillah.. emakbapak selamat terima cucu yang ke-12 pada 2 April lepas. It's a girl ! And one thing kami semua notice, muka baby banyak menyangkut rupa arwah atok ! Nak-nak lagi tang hidung jambubol tuu. Ohh I miss atok so much (alfatihah)

Kata Ita, biarlah. Buat pandang-pandang.

Buat lepas rindu kami semua kat arwah.

Aisya Nabihah, bibik & acikamil can't wait to see you baby girl !


Afif Naufal now abang of two, and Aira Nursyifa now a kakak. 
Takdolah kau nak menade2 dah Airanurr. HAHAHAHA