Tuesday, November 1, 2016

Happy Two Years, Sayang ❤️

Alhamdulillah.. Harini genap dua tahun usia perkahwinan Kama & Kamil. Terlalu banyak kegembiraan, kebahagiaan, cabaran juga dugaan sepanjang 24 bulan ni.
Mengharungi saat LDR selama setahun lebih. 
Mula menyewa home for two, setahun lebih. 
Twice miscarriage. 
Kama excident kat Segamat masa Kamil takde pun kat sini. 
Kama resigned from UiTM Segamat. 
Kamil dapat offer dari Proton.
Kamil jatuh dr atap rumah, bleeding di kepala. Seminggu warded. 
KGProgear X Smuggld, bukak kedai di Mutiara Damansara.
Kama started Sambal Ketuk Makngah.
Kama started kamabakes. 
Jalan-jalan.
Makan-makan.
Masak-masak.

Allahu Allah.. Terima kasih Allah untuk semuanya. Perjalanan kehidupan satu pengajaran, 
Belajar untuk bersyukur.
Belajar untuk berterima kasih.
Belajar untuk setia bersama, susah dan senang. 
Belajar untuk sayang. 
Belajar untuk rindu. 
Belajar untuk hormat menghormati. 
Belajar untuk menghargai. 
Belajar untuk tahu betapa cantiknya susun hidup yg Allah dah atur. 
Belajar untuk tahu hikmah setiap apa yg berlaku. 
Belajar untuk terima. 
Belajar untuk redha. 
Belajar untuk terus berusaha. 

Terima kasih, sayang ! Sudi memperisterikan perempuan ini. Biar banyak buruk dari baiknya, awak terima seadanya. 
Terima kasih kerana menyayangi. 
Terima kasih kerana mengasihi. 
Terima kasih kerana berkorban masa dan cuti bawak kama pergi hospital. 
Terima kasih kerana ada bersama ketika kama sakit. 
Terima kasih kerana menjaga kama. 
Terima kasih kerana bersabar dengan kerenah kama. 
Terima kasih kerana banyak mengajar kama. 
Paling terima kasih sebab amek alih tugas emak, picit kepala kama sebab selalu migrain. Lulz. 

Selamat Dua Tahun Kamil & Kama ! 

Semoga Allah kurniakan lebih kebahagiaan buat kita, jadikan Kama bidadari Kamil kat syurga nanti :)