Monday, April 18, 2016

Sambal Ketuk Makngah ❤️

Alhamdulillah.. Sambal Ketuk Makngah is now about 3 months. Big fat huge THANK YOU to all my family members, buddies and customers. Sebab mereka yang membuatkan Sambal Ketuk Makngah going up up and up ;)

To my beloved Hubs, ailebiyu so much baby 😘 Orang yang banyak bagi semangat, dorongan dan idea to many of things. 

Ramai jugak kawan-kawan and family yang tanya, kau takde cari kerja kat sana ke ? 

I am so happy for what I'm doing today. Sebab utama why I left my job, happiness. I want to be happy. Alhamdulillah, Allah tentukan jalan ni untuk aku. 

I am so happy being a housewife. 
I am so happy doing the chores. 
I am so happy to get my Hubs ready. 
I am so happy cooking for Hubs.
I am so happy baking this and that. 
I am so happy doing this Sambal Ketuk Makngah 💪💪💪


Wednesday, April 13, 2016

Zaharah Yusof, we miss you always.

Harini, 13 April 2016 genap 5 tahun arwah Atok pergi. I post this entry supaya aku tak lupa dan tetap boleh baca dan ingat. Al fatihah -- 

This post has been written 5 years ago : 
Assalamualaikum..
HELLO semua!! *bunyik cengkerik

haihh..beginilah. da lame sangat tak menulis.. busy sangat! *malas* hmm.. macam2 jugak la yang terjadi sepeninggalan tak berbloging nii.. takde nak tulis ape pun. just, pejamcelik2, da dekat 2minggu atok aku satu2 nye sepanjang aku hidup atas muke bumi Allah ni,, pergi meninggalkan aku, dan sume orang, forever. Al-Fatihah~

and frankly speaking, i miss her so much. takde ape yang boleh aku buat selain sedekahkan Al-Fatihah banyak2 kt arwah atok. dan berdoa semoga Allah tempatkan roh atok bersama2 orang2 yang beriman dan rohnya dicucuri rahmat. Amin...

arwah atok sakit tak lame. arwah yang memang still sihat dan berupaya diumur dia 80tahun, sampailah dia da start sakit pada February lepas. chinese new year. i still remember. mase tu segamat kene banjir besa lagi buat kali kedua. at the day aku sampai umah dengan my cousin, dia discharge dari Putra Specialist Hospital, melaka . masih segar dalam ingatan aku, aku berlari masuk kereta sepupu aku, dok sbelah dia and asked her "sakit tak tok?". and she replied, "tak,sedap". arwah atok memang suke tunjuk kerek kalo orang nak manje2 ngan dia.

and the time pass by.. after mid term break about 2weeks, aku balik puncak semula. at that time penyakit arwah belum lagi dapat dikenalpasti. sampai la 19hb feb. camtu kott, mak bgtaw dalam perot atok ade kulat. tu puncanye dia sakit. mase tu lom kompom lagi ape sakit sbena dia. and at March kot, atok kene masuk hospital lagi. mase tu mak cite atok da sakit sangat. perut dia da membengkak. aku tak dapat balik umah lagi mase tu. and one day, adik aku wat video call dari hospital. it showed hows atok's condition mase tu. dia terlantar aje. but still ley bercakap. akak aku mase tu urut2 perut atok. sayup2 dengar maklong aku bace Yassin. at that moment, terus takley handle. menanges. sedey yang amat sangat2 tengok dia mcmtu. 

sepanjang arwah ni dok hospital, aku tak berkesempatan pun nak jage dia. coz, aku pun balik umah wekend. apelah sangat aku ley wat dalam 3hari tu kan. then, mase tu arwah ni da terlantar. dia taknak makan. minum pun sikit2. 1 malam tu almost sume anak2, cucu2, cicit2 dia berkumpul. ktorang bace Yassin ramai2. then, bkumpul macam bese. melayan atok. mase tu dia nak makan. after bape lame dia taknak makan, ktorang pujuk2 bagi makan. dia mahu! seronok sangat. bersyukur sangat. mungkin dia rasa sangat seronok jugak tengok sume anakcucu dia ada. atok yang aku tawu sangat suke keadaan yang meriah dengan anak2cucu2cicit2 dia. dan Alhamdulillah.. aku dapat peluang suapkan dia makan. banyak jugak dia makan mase tu. 

tak lame pastu aku kene la pulang ke puncak. aku balik ari isnin mase tu. aku skip 1class. huhu. sumpah rase berat sangat nak balik. sedih teramat. dengan keadaan arwah atok mase tu. plus, zahin pulak tak sihat. before balik, aku g jenguk dia. dia tido mase tu. pelan2 aku cium tangan dia, muke dia. aku cakap kat dia "atok, nak balik da ni". yang kua dari mulut dia mase tu "hahhhh". mungkin menahan sakit. automatic, berjurai lagi air mata aku. 

2weeks pastu, aku balik umah lagi. aku memang da berazam nak balik sekerap yang boleh smentara atok ada lagi. time aku balik ni keadaan arwah atok makin tenat. da gune alat bantuan pernafasan. sedih yang amat bile tengok kan keadaan dia mase tu. malam tu kami bkumpul lagi ramai2, dan jadi satu situasi yang amat mengejutkan kami. atok sangat tenat. sekali lagi kami sume bkumpul bace Yassin. dan sorang demi sorang mengucap ditelinga atok. mase tu jangan cakap laa..sume orang da meleleh air mata tak hengat. bapak aku menggigil2, menanges meyebut kalimah Allah kat telinga atok. aku ni lak lagi la tak boley tengok makbapak aku menanges! dan malam tu, aku mengucapkan syukur kepada Allah. umurnya masih dipanjangkan. 

then, esoknye as usual lah. aku kene la balik puncak. menceritakan pengalaman aku minggu tu. betapa bagai jantung aku direntap2 mase arwah atok nazak malam tu. aku cite kat ahmad kamil and aku cakap "bialah kalo Allah nak amek nyawe dia. dan bukan orang mendoakan. tapi sb orang da tak sanggup tengok keadaan dia mcm tu.orang kesian". 

maka, bila Allah kata 'kunfayakun' maka terjadilah ia. nak dipendekkan cerita. pagi tu aku takde class pagi. class aku stat kol10.30. and aku ade test at 2pm. tibe2 aku dibangunkan dengan satu panggilan. aku tengok nama 'mama aziq', akak aku. aku berdebar. dengan teresak2, akak aku sampaikan berita pemergian atok, "atok da meninggal". Ya Allah... terus menggigil satu badan aku. cepat2 aku call cousin aku yang kat UM tu. dia pun mamai2. aku bagitaw dia berita sedih tu. 1jam pastu dia sampai depan umah aku. terus gerak balik segamat. dan sampai sini jelah kisah sedih ni.. aku tak sanggup nak cite panjang. 

walaupun da almost 2weeks arwah atok pergi meninggalkan kami sume, tapi kenangan2 waktu dia bersama masih lagi segar dalam ingatan. tak rase pn mcm arwah da takde buat selama2nya. seminggu study week aku tperap kat umah, seminggu tu jugak la aku rase seksa nya rindu kat orang yang da takde. pandang mane2 kat umah tu, teringat arwah. sampai susa nak tido malam sb teringatkan arwah. 

atok, atok tetap atok paling best kat dunia.

Al-Fatihah...